Thursday, February 4, 2010

Apakah Status Anda?

Adakah anda seorang pelajar IPT? Sedarkah anda, selepas anda menamatkan pengajian, anda perlu bersaing dengan ribuan graduan bagi mendapatkan kerja. Jadi, sejauh manakah anda berpeluang untuk mendapatkan kerja kerajaan atau swasta?

Bagi yang sedang bekerja, adakah pendapatan yang anda perolehi hari ni mencukup bagi memenuhi keperluan hidup anda. Ada yang mewah, tetapi kebanyakan hanya cukup2 makan. Apakah inisiatif anda bagi mendapatkan pendapatan sampingan?

Saya kenal seorang timbalan pengarah pejabat taniah dan galian di negeri Terengganu dan saya tahu beliau terlibat dengan kerja luar bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Adakah tidak cukup pendapatan yang diperolehi daripada pekerjaan sekarang. Beliau berkata, amat tidak
cukup. Dengan pendapatan yang beliau sebagai seorang kakitangan kerajaan, beliau tidak mampu untuk mengerjakan umrah sekalipun.

Dengan keadaan negara kita sekarang, kenaikan harga barang asas menyebabkan semakin ramai rakyat Malaysia yang terpaksa 'ikat perut'. Masing-masing terpaksa berniaga. Ada yang menjual kuih, membuat kelas tuisyen. Dan jangan terkejut kerana ada seorang pensyarah di uitm shah alam, bekerja sebagai penghantar Pizza pada sebelah malam sebagai kerja sambilan!

Fikir2kanlah status anda sekarang.

Faizal Syukri
FSM SisMel Enterprise
http://duit-sekeliling.sismel.com.my
http://teknik-promosi.sismel.com.my